Sunday, March 13, 2011

Jepun Oh Jepun...semua peringatan daripada Allah

Tanggal 11 Mac bumi Jepun di wilayah sendai digegarkan dengan satu gempar bumi yang kuat sehingga kan meledakkan satu gelombang tsunami yang tingginya 10 meter, segala rumah, kereta, kilang-kilang, bangunan2,pejabat2 kerajaan di musnahkan oleh badai yang lembut menghempap dan menghayutkan segalanya. Sebelum kejadian, satu siren amaran akan berlakunya tsunami di bunyikan sehinggakan seluruh rakyat jelata lari bertampiaran masing2 menyelamatkan diri daripada dipukul dan dihanyutkan oleh ombak yang begitu besar.

Ini lah kuasa Allah yang tiada siapa mampu menghalangnya, biarpun negara Jepun terkenal dengan teknologi yang lebih maju berbanding dengan negara lain, tetap tidak dapat menafikan kebesaran Allah swt. Ramai mangsa dalam lautan tsunami ini mati bukan sebagai seorang Islam,bagaimana nasib mereka di sana.

Kita sebagai umat Islam hendaklah sedar dengan peringatan yang diberikan Allah kepada kita, kadang kala kita sendiri sebagai umat Islam terlupa dan terleka dengan tujuan kita dimuka bumi Allah ini. Dalam sedar dan tidak sedar kita menafikan Keagungan dan kebesaran Allah..

Jadikan lah tragedi yang menggemparkan Jepun dan seluruh dunia ini sebagai peringatan dan amaran kepada kita. Cuba koreksi diri dan amalan kita cukupkah untuk di bawa berjumpa Allah kelak, marilah kita mempertingkatkan amal kebajikan kita, mulakan segala langkah, perbuatan percakapan kita niatkan kerana Allah baik. Mudah-mudahan segala kita perbuat dikira Allah sebagai amal kebajikan kita.....

No comments:

Post a Comment