Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum

Tidak pernah aku terbayangkan hari ini merupakan satu lagi sejarah tercipta dalam hidupku
Masuk Tv la plak...masuk dalam siaran astro awani analisis tentang pru sarawak.......

aku bukan nye sesape...
presiden, mpp dan sebagai nya lagi aku hanyalah insan biasa yang amil tahu lah cikit ttg perkembangan semasa teruatamanya di negeri aku sendiri...tapi x da lah terlalu mantap aku punya maklumat ttg negeri sarawak....

pada jumaat yang lepas semasa ku tengah bershopping kat mydin ada calling dari astro awani...

ermm...macam x caya pun ada tapi aku kene caya jugak lah sebabnya aku pada hari telah masuk dalam tv da jgn jeles yea.

Rasanya lebih ramai lagi yang lebih hebat n mantap daripada aku....tapi mungkin takdir Allah aku telah menjadi salah seorang dari kalangan org sarawak dahn lah wat live...

erm kekok aku lah, eye contact kurang dan sebagainya,,,erm wakil daripada UM pergh....hebat betul tenggelam aku dibuat nya tak pe mmg aku x dapat juga nak menjawab persoalan2 yang agak tinggi n bombastic juga lah bagi aku daripada abg2 host prog 2...kerdil aku dibuatnya

ok ....tapi segalanya dah selesai tetapi aku ambil ini menjadi sebagai batu loncatan kepada aku untuk megorak langkah dengn lebih jauh lagi....perjalanan hidup masih panjang tapi bukan jaminan....
aku perlu perbaiki diri aku dari segi pengurusan aku lah terutamanya dan kemampuan aku untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana....

perubahan yang aku lakukan ini bukan untuk diriku semata2 untuk agama, bangsa dan negara yang tercinta

Ya Allah redhailah aku sebagai hamba mu
tetapkan lah aku snetiasa berada dalam landasan agama mu dan sekiranya aku tersasar dari landasan agama betul kan lah kembali landasan hidupku.....

hamuslimin

Sunday, March 13, 2011

Jepun Oh Jepun...semua peringatan daripada Allah

Tanggal 11 Mac bumi Jepun di wilayah sendai digegarkan dengan satu gempar bumi yang kuat sehingga kan meledakkan satu gelombang tsunami yang tingginya 10 meter, segala rumah, kereta, kilang-kilang, bangunan2,pejabat2 kerajaan di musnahkan oleh badai yang lembut menghempap dan menghayutkan segalanya. Sebelum kejadian, satu siren amaran akan berlakunya tsunami di bunyikan sehinggakan seluruh rakyat jelata lari bertampiaran masing2 menyelamatkan diri daripada dipukul dan dihanyutkan oleh ombak yang begitu besar.

Ini lah kuasa Allah yang tiada siapa mampu menghalangnya, biarpun negara Jepun terkenal dengan teknologi yang lebih maju berbanding dengan negara lain, tetap tidak dapat menafikan kebesaran Allah swt. Ramai mangsa dalam lautan tsunami ini mati bukan sebagai seorang Islam,bagaimana nasib mereka di sana.

Kita sebagai umat Islam hendaklah sedar dengan peringatan yang diberikan Allah kepada kita, kadang kala kita sendiri sebagai umat Islam terlupa dan terleka dengan tujuan kita dimuka bumi Allah ini. Dalam sedar dan tidak sedar kita menafikan Keagungan dan kebesaran Allah..

Jadikan lah tragedi yang menggemparkan Jepun dan seluruh dunia ini sebagai peringatan dan amaran kepada kita. Cuba koreksi diri dan amalan kita cukupkah untuk di bawa berjumpa Allah kelak, marilah kita mempertingkatkan amal kebajikan kita, mulakan segala langkah, perbuatan percakapan kita niatkan kerana Allah baik. Mudah-mudahan segala kita perbuat dikira Allah sebagai amal kebajikan kita.....

Friday, March 11, 2011

Istidraj... Istidraj... Istidraj... Istidraj... Istidraj...

Quoted by http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)

Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-

Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".

*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa". Subhanallah... begitulah keajaiban penciptaan Allah.

Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".

Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:

Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-

Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).

Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!!

Thursday, March 10, 2011

Hati berbolak balik......

Assalamualaikum

Sudah sekian lama telah menyepi kan diri dari dunia blog ini, kadang2 terasa diri ini jadi orang yang hebat, tapi kehebatan dan kemegahan tidak lah kekal selamanya...

Allah Maha berkuasa .....bile2 sahaja boleh beri dan tarik nikmat yang diberikan olehNYA kepada kita

Allah akan tambahkan nikmatnya apabila kita bersyukur kepadanya sebaliknya sekiranya kita kufur Allah boleh sahaja tarik nikmat dengan serta merta atau pun masih membiarkan kita terus terleka dengan kekufuran yang kita lakukan. nauzubillahi minzalik itu merupakan Istidraj daripada Allah. Istidraj satu pemberian Allah yang diberikan kepada org yang kufur kepada Allah agar org itu terus bertambah kufur kepada Allah....


Bedoalah kepada Allah agar kita dijauhkan dari fitnah tersebut

hati kita setiap hari boleh berbolak balik

perbanyakkan berdoa agar Allah tetapkan iman dan tetapkan hati kita agar tetap dan teguh berasa dalam agama Allah..


[Hati manusia sentiasa berbolak balik. Maka mintalah daripada Allah, pemilik hati supaya ditetapkan hati kita dalam iman. Semoga hati tetap memperjuangkan agama Islam dan mintak jauh daripada futur.

Ya, Allah..tetapkan hatiku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabat seperjuanganku dalam Iman dan semoga kami gigih mempertahankan prinsip agama Islam!!] Quoted hafsahmardhiah

Friday, June 25, 2010

Dangkalnya pemikiran mereka......



Mismatch dalam membuat keputusan dan segala keputusan yang dibuat tidak mengikut syariat agama ISlam menyebabkan isu-isu dan masalah negara kita tidak selesai-selesai...belum habis sesuatiu masalah timbul pula masalah baru cthnya yang berlaku sekarang beberapa bulan lepas kes buang bayi di susuli dengan isu judi.......kedua2 masalah nie tidak diselesaikan mengikut syariat Islam...sedangkan dalam Islam mmg dah tersedia panduan2 untuk meyelesaikan masalah seperti ini......bukannya kalau nak banteras judi keluarkan lesen judi ......nie semua ikut nafsu sediri tanpa memikirkan jangka masa panjang terhadap negara kita ini. ini ka dia dinamakan sebangai pemimpin.......aku tak rspect pemimpin macam ini akau lebih respect dengan penyapu sampah yang beriman dan tahu mana halal dan haram....apa akan terjadi dengan anak2 kita sedikt masa nanti tentu akan confuse adanya judi haral n judi HALAL mmg mencabar hukum yang telah ditetapkan Allah tuhan Pencipta Sekalian Alam ini..........tidak hairan lah nanti gejala judi HARAM yang DIHALALKAN mendoktrin pemikiran anak2 kecil ...... dalam kelas apabila ustaz n ustazah mengajarkan ttg Pengharaman JUDI. tidak mustahil anak2 akan memberitahu ada judi HALAL iaitu JUDI yang diberi lesen...memang dangkal pemikiran seperti itu................ Apa nak jadi dengan anak2 ketika itu ......bersama kita fikirkanlah MARI KITA CEGAH JENAYAH JUDI (DULU KINI N SELAMANYA HARAM )Bersama kita membanteras JUDI pada 3hb Julai 2010 di Ibu negara Ini bukan ttg POLITIK tetapi ini cara kita untuk mempertahankan AGAMA kita...........

Monday, December 28, 2009

Detik2 permulaan menjadi..............................

Allahu Akbar Allah Maha Besar segala puji bagi Allah swt.

1 Minggu ke 2 minggu sebelum kuliah bermula ini terasa berat rasanya sehinggakan jerawat di kepala pun sudah tumbuh kerana memikirkan perancangan untuk semester ini. Terlalu berat rasanya. Pada permulaan hari pertama kami diumumkan menjadi pimpinan peneraju islam.

semua sahabat merendahkan diri masing2 mengatakan dan menyatakan tidak layak menerima jawatan yang amat berat bagi kami. Lagipun kebanyakan dari kami belum sampai setahun pun terutamanya dikalangan muslimin.

teringat kata2 bekas peneraju islam di tempat kami dia menyatakan kami telah diplih Allah swt untuk mengganti barisan peneraju islam sebelum nie. Tapi peringatan sahabat itu amat berlainan sekali memang amat kena dengan situasi aku sendiri. Die menyatakan mgkin Allah pilih kita sebab Allah sayang kepada kita takut kita terjebak dengan perkara yang mungkar selain itu mungkin sebagai untuk penghapusan dosa...

Ya Allah ampunilah dosa2 ku selama ini baik ku sedari atau aku tidak sedari...
Engkau lah yang maha pengampun dosa hamba mu ini...
Amin.

nukilan hati ana hamuslimin "titik perubahan diri"

Wednesday, December 23, 2009

Benakah aku Lemah?

Selepas tok aku perlu lebih tabah dan lebih bersikap matang, aku perlu pandai menguruskan masa ku yang telalu banyak telah aku sia-sia kan.

Selepas tok akan membawa dan menanggung banyak taklifan, aku perlu uruskan semua taklifan (amanah Allah dengan sebaik-baiknya)
Allah berfirman : Tidak aku bebankan hambaku dengan ujian yang tidak sanggup ditanggungnya.
Apakah aku bena2 sanggup dan mampu, tapi aku perlu buat sehabis baik dan berusaha bersungguh-sungguh. seperti aku mengangkat sahabat semasa rehlah semalam kawan seberat 67 kg pun aku mampu bawa.aku pun x sangka. Aku menyedari dalam diri ku ada kekuatan yang masih tersembunyi dan aku perlu manfaatkan untuk perjuangan Islam.

ok itu dari fizikal, tapi dari segi pengurusan aku masih terlalu lemah dan agak lesu.
aku berharap dengan azam tahun baru maal Hijrah pada minggu lepas akan membawa aku lebih lebih kehadapan dari sekarang tok. INSYAALLAH

Harapan isi hati ku